My Blog My Life

Today i will start something new…. Well nothing special … just my daily update event in my life…

Probably on how i meet my client… what happen today… so on .. so forth..

So.. .ready to take a drive with me?

Smiley Sunglasses

__________________________________________________________

I remember about my very first tenant, Masa tu i part – time property agent.

Sebagai orang baru dalam bidang ni, I have to wait quite sometimes to get my first case, one fail after another…. and finally I dapat sewakan rumah di one isolated area kat Shah Alam, sewa cuma RM300.00. I bertuah untuk my first case, I dapat tuan rumah dan tenant yang understanding. Faham bila I lambat sikit hantar agreement. Dan when the tenant finally move into the house, he says “thank you… i really appreciate it and you help me a lot”

The first Thank You i got from him, is like my good luck charm… I feel satisfied with the look of his face and his sincere thank you. Walaupun i have to do a lot of thing untuk rumah tu, like cleaning the house, minor repair jobs, etc (with my own budget) …. dan my fees a month rental (RM300.00). I feel totally worth it…

Since then, i keep in my mind… that i only offer to my client, the best thing. I akan sentiasa pastikan my client get yang terbaik. Mahal atau murah, yang paling penting is the property condition and they will satisfied with what they paid for… even if it only RM300 house….

Because, i want to see the happy face and get the  sincere thank you once again…..

It's a Beautiful Thing

___________________________________________________________

A tired week….

I am glad when my client (owner or tenant) get back to me or asking me for anything. But there is a boundaries that i must not cross when it comes to owner – tenant problem.

Most house owner or tenant think that agent will always be ready when they face problem with each other.

That is not the way it works….. After signing the agreement practically the agent job is  settle (but of course if you have any inquiries or question, i will be happy to assist). Owner / tenant should not treated an agent like they works with you forever as long as you are staying there. You should call your own plumber when the pipe leak or a wireman when a light blow, surely not your agent to handle of those type of works (for free as you expected )

I am not complaining, I  am absolutely happy with what i am doing.  As i said earlier, i will be happy to assist, offer advise to both parties or new client. But i also need my client to understand what I can do for them and what’s not.

That is it for today…..  need to get back to works…. chiowww….

It's All Good

___________________________________________________________

A little something i got from “Belalang Group”….

Salam,
Semua orang tahu tahun 2009 ialah tahun ekonomi merudum di seluruh dunia sehinggakan Barrack Obama pun mengatakan tahun 2009 ialah “tahun malapetaka bagi Amerika Syarikat”. Berita minggu lalu Panasonic, Melaka telah menutup operasinya dan seramai 10,000 orang telah menganggur. Intel di Penang juga telah tutup operasinya dan 6,000 orang telah kehilangan punca rezeki. Di Johor pula,menurut seorang sahabat saya yang bekerja di Titan kilang yang terbesar di Pasir Gudang juga sudah menawarkan VSS!

Contoh di atas ialah kilang-kilang gergasi di Malaysia, manakala berpuluh dan mungkin beratus lagi kilang-kilang lain akan shut down pada tahun ini dan apakah pakibatnya? Dijangka 200,000 orang pekerja akan kehilangan punca rezeki mereka!

Jika sektor industrian kita hampir tidak bermaya, begitu juga dengan sektor perladangan di mana harga kelapa sawit dan getah merudum dengan begitu teruk sekali.Adakah sektor-sektor lain akan selamat dari zaman ekonomi jatuh ini? Tentu tidak, semua akan merasai kesannya. Semua peniaga akan berkurangan untung atau rugi kerana kuasa beli yang kurang dan persaingan makin bertambah apabila yang kehilangan pekerjaan tetap tadi mulai mencuba nasib dengan berniaga dan mula berjimat dalam belanja.Industri pembinaan juga akan turut perlahan apabila kurang projek. Bank juga akan turut merasa tempiasnya kerana ramai yang tidak mampu membayar pinjaman,jurujual kereta juga tidak mendapat komisyen hasil jualan kereta. Yang mungkin selamat ialah pekerja di sektor awam dan badan berkanun.

Tentulah mangsa ekonomi jatuh ni iaitu pekerja yang dibuang akan pening kepala memikirkan bagaimana nak terus survive dengan hutang rumah,hutang kereta, belanja anak sekolah, belanja dapur dan pelbagai jenis hutang lain.

Apa yang patut dibuat jika kita di buang kerja?

1. Kita mesti redho dengan Qada dan Qadar Ilahi. Jangan terlampau stress dengan memohonlah dengan Allah dimurahkan rezeki. Mungkin hari ini hari kita di bawah, Insyallah dengan kurniaan Allah kita masih boleh terus survive. Apa yang penting hidup mesti diteruskan disamping bekalan untuk Akhirat.

2. Ubah cara hidup kita dari segi berbelanja. Tukar jenama mahal ke jenama yang murah dan buatan tempatan dan sekaligus boleh “boikot Israel”.Belajar berjimat cermat dalam kehidupan seharian untuk bil-bil utiliti seperti elektrik,air dan telekomunikasi. Susun belanjawan kita semula dari benda yang penting didahulukan dan benda-benda yang kurang penting seperti astro juga mungkin tidak perlu di masa ini.Untuk perokok, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menghisap rokok.

3. Gunakan wang yang ada dengan cara berhemah.Wang pampasan yang kita terima JANGAN mengambil risiko dengan berjudi nombor ekor, melabur di skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet.

4. Jangan menambah hutang sedia ada dengan hutang baru. Jangan gunakan kad kredit, seeloknya gunakanlah wang tunai.

5. Jumpa dengan Pegawai Bank, jika anda mahu mengecilkan bayaran ansuran kereta dan rumah anda.

6. Pergi ke Pusat AKDK untuk menguruskan semula pinjaman bank kita.

7. Mengambil kursus-kursus yang disediakan untuk penganggur. Saya tidak pasti namanya tapi saya pernah lihat di TV ada jabatan khas disediakan untuk membantu para penganggur dengan kemahiran tertentu.

8. Jika anda berminat untuk berniaga, belajarlah dari peringkat asas dahulu, jangan main terjah sahaja. Boleh melawat website MECD untuk mendapatkan input keusahawanan. http://www.mecd. gov.my/

9. Mungkin anda boleh mencuba perniagaan baru seperti perniagaan internet. Ada pelbagai program yang boleh kita cari duit seperti google adsense, clickbank dan sebagainya.

10. Balik kampung dan usahakan tanah orang tua kita seperti menanam sayur, menternak lembu kambing dan pasarkan sendiri di Pasar Tani.

11. Mengambil semula semua peluang pekerjaan yang selama ini dibolot oleh warga negara lain seperti menoreh,memotong kelapa sawit, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita terus cari rezeki. Ingatlah rezeki,ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berputus asa dan sentiasa berfikiran dan bersikap positif supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Money

Good luck Everyone..

Good luck Everyone..

5 responses to “My Blog My Life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s